Wednesday 27 February 2013

The beauty of Dahi jenDol..


Semekom..

Haaa cam lucu je entri kali ni..

For what purpose aku tulis entri dahi jendol ni??
Sapa yang jendol disini sila baca k.Haa..

Pada u'olls yang tidak tahu ,
i have one baby yang dahi nya jendol ala-ala dato citi lagi .
#tutpmatasambilcakapsilajangan jales#.
Memang aku tak tau dari celah mana kromosum yang dia warisi berdahi jendol ni.
N Aku sangat curios sangat why my baby hair ni x panjang-panjang kat atas tu.
Yang panjang kat bahagia belakang je

#musykilsejenak#.

Sapa kata dahi jendol x cantik woo ??sila angakat kaki.
#wekk x lawak k#
Akcely,dahi jendol ni ada specialnya jugak.
Meh aku pastekan searching aku  dari hasil pak cik google tentang dahi jendol..
pewiiit..#ala2amysearch#

See the world ...... jendol girl playing a game.

==============================================

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit.
 Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! 
Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. 
Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang.
Dahlah dahi tu jendol. 
Tentu agak ‘buruk’ rupanya.
 Tapi itu tak penting.

 Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?
 Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. 
Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. 
Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup.
Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun.

Tiap manusia ini kan ada kelemahannya.
Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana.
 Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan!
 Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. 
Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. 
Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan! 



DAHI JENDOL
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

Ni jenis dahi yang selain dari jendol buat tatapan korang.
======================================

DAHI BERSEGI
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu!.

DAHI SEMPIT
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
hidup.


DAHI LEBAR
Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang . 
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia



So pada kalian yang da dahi jendol sila jangan bersedih n malu k.
Bersyukurla dengan apa yang kite ada.
Dari x da dahi lansung.hahah
Ada ke orang x da dahi??
Apa bentuk design dahi sekali pun must be 'syukuur' what we have k.

K semekom.



No comments:

Post a Comment

Thanks For Reading My blog