Thursday 21 February 2013

Happy Family

Salam u'oll

OK arini aku merasakan diri aku dalam mood sentimental k.So jangan kaco k...Rasa nak tangkap leleh je duk kat opis ni.
Dengan mood yang tenang seakan rasa nak lelap mata je.Tapi ko jangan nak charik pasal k,orang makan nasi t x pasal2 aku makan pasir x dapat gaji.wahaha..

Sambil belek2 pak cik google td tetiba teringat nak search lagu si kenit tu.

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too

I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too


Sweet kan lagu ni.Skunk dalam misi nak mengajo budak kecik sukakan lagu tu.
Nak mendidik anak ni bukan senang.So time ni da cun da nak ajar dia terapkan kasih sayang keluarga.X gitu jahh..

So ni Doa untuk keluarga sakinah.Sila la amal k kalu nak keluara bahagia sukmo..

Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

TIPS KELUARGA BAHAGIA
  •      Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  • -----------------------------------------------------------------
  •  Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengankesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  • -----------------------------------------------------  
  •  Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah
  • --------------------------------------------------------.
  •  Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  • --------------------------------------------------------
  •  Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Tips kebahagian keluarga dari Dr Fdzilah Kamsah.Renung-renungkanla.


 So selamat beramal.Jum doakan kebahagian yang kite ada sekunk akan berkekalan hingga ke jannah.
Aminn..

Salam.

No comments:

Post a Comment

Thanks For Reading My blog