Wednesday 27 February 2013

The beauty of Dahi jenDol..


Semekom..

Haaa cam lucu je entri kali ni..

For what purpose aku tulis entri dahi jendol ni??
Sapa yang jendol disini sila baca k.Haa..

Pada u'olls yang tidak tahu ,
i have one baby yang dahi nya jendol ala-ala dato citi lagi .
#tutpmatasambilcakapsilajangan jales#.
Memang aku tak tau dari celah mana kromosum yang dia warisi berdahi jendol ni.
N Aku sangat curios sangat why my baby hair ni x panjang-panjang kat atas tu.
Yang panjang kat bahagia belakang je

#musykilsejenak#.

Sapa kata dahi jendol x cantik woo ??sila angakat kaki.
#wekk x lawak k#
Akcely,dahi jendol ni ada specialnya jugak.
Meh aku pastekan searching aku  dari hasil pak cik google tentang dahi jendol..
pewiiit..#ala2amysearch#

See the world ...... jendol girl playing a game.

==============================================

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit.
 Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! 
Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. 
Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang.
Dahlah dahi tu jendol. 
Tentu agak ‘buruk’ rupanya.
 Tapi itu tak penting.

 Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?
 Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. 
Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. 
Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup.
Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun.

Tiap manusia ini kan ada kelemahannya.
Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana.
 Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan!
 Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. 
Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. 
Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan! 



DAHI JENDOL
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

Ni jenis dahi yang selain dari jendol buat tatapan korang.
======================================

DAHI BERSEGI
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu!.

DAHI SEMPIT
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
hidup.


DAHI LEBAR
Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang . 
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia



So pada kalian yang da dahi jendol sila jangan bersedih n malu k.
Bersyukurla dengan apa yang kite ada.
Dari x da dahi lansung.hahah
Ada ke orang x da dahi??
Apa bentuk design dahi sekali pun must be 'syukuur' what we have k.

K semekom.




Read more...

Monday 25 February 2013

Perkembangan Si QIena Setahun

Semekom...knokk..knook..

Hari isnin ni i x da modal la nak digorengkan tau..
So akak nak cite perkembangan my  lit princess akak sorunk ni yer adik2..
#silajanganbosan#.

Cepat nau masa berlalu skunk ni.
Pergi keje balik keje ,sedar tak sedar da nak masuk 1 years 1 month da si kenit tu.

So far alhamdulillah perkembangan qina agak memberansangkan.
Kire orang kata ngam-ngam la perkembangan anak i dengan usia dia.
Tak terlebeh x terkurang.*camdisukat-sukatje*

Kire aku bersyukur la walaupun si qina sangat debbot dan bam bam sangat time baby lu,
 tapi progress dia x terbantut.*Haa dat y terasilnya dobbot name tuk qina.Sebab ke'doboot'an dia la tu*.
Alhamdulillah, qina  start meniarap aku rasa time 5 month, 
merangkak plak time 7 bulan kot,
8 bulan da boley meniti di titian usang..,
 n jeng ..jeng..jeng..opkos 10 month da jalan dengan jayanya.
Tapi kan orang cakap better anak jalan lambat sikit,
bukan apa sebab sekali dia da boley berjalan , 
dia dah boley jalan dengan tegap.
Tapi apa aku kisah, cepat ke lambat janji ko ley jalan yer dik non..
 Tu yang penting..

So bagi aku 10 bulan da berjalan adalah satu pencapaian yang ley nak dibanggakan jugak la.
Sebab kalu nak compare ngan aku yang setahun ++ baru ley jalan.
Apak nya plak lagi la lambat nak dapat kaki.Hahaa.
So far x da la lebam sana sini event though dia dapat kaki awal pun..
Alhamdulillah..

So da masuk setahun ni macam-macam akal qina da dapat k.
Aku pun tak tau la dari sumber mana dia belajar.hahah.
.*rasanya dari en seben*.Tak pun sumber bernama..hahah..
 X lawak okess..
Jum hayati satu per satu perkembangan si dobbot ni.

  • Opkos sebut ibu n papa da lepas and semakin jelas pronoun tu..Yang aku ajar dia sebut papa ok je.lancar semacomm je.Part mama duk ulang sebut papa je..stress ar camni dik..heheh..Nampak muka aku dia tau panggil buuuu je..Buu pun buu la dikk..At lest dia tau tu ibuu n papa dia.Orang yang paling dia dekat.
  • ----------------------------------------------------------------
  •  Da pandai geleng kepala..Ni yang senang skit.So kalu dia x nak secara auto nya dia akan gelengkan kepala dia.So x yah la aku nak hegeh2 paksa k.Kan makan gigitan bisa kenit ni.haha.Tapi kekadang x ley pakai juga geleng dia sebab semalam tanya nak susu botol x, dia geleng.Tapi habis juga 4 ounce ..Apa cer dikk.
  •  -----------------------------------------------------------------
  • Tunjuk jari sambil sebut tak tau....hahaha..cute sangat tahap nak gigit hidung si kenit je..hehe..Tapi sythom nak buat tak tau ni ikut mood dia je..
  •  ------------------------------------------------------------------
  • Hobi terbaru  suke menggigit tul..Huhh ni progress yang bahaya.Semua nak digigitnya.Semalam aku da kena love bite tul tul atas sikit dari pipi.Sakit tul cam nak nangis je..Huhhuh..Sampai ari ni lekat lagi kesan ggitan tu.Seb bek g opis pakai tudung au..hhhuh.
  •  --------------------------------------------------------------------
  • Pandai sebut baa baa ..Haaa..kalu nampak fon dia la yang paling laju..pas tu datang menyendeng.suruh buka baa baa black ship kat youtube...Da buka joget-joget..tu je rutin harian si dobbot.
  •  ----------------------------------------------------------------------
  • Now da pandai nak men game kat enset aku tau..Kalu jumpa enset mama dia, mula la suruh buka game.Da buka baru dia diam..
  •  -----------------------------------------------------------------------
  • Da pandai pegang pen n suka menyonteng...Terpengaruh ngan untie oca kot..Bila da bosan dia masukkan pen ke dalam mulut.So aku la makhluk yang selalu kena nomonitor dia menulis..kang pen ke mana,.mulut ke mana..
  • ------------------------------------------------------------------------
  • Suka mengemas rumah..mungkin bagi dia mengemas kot..Bagi aku menyepah je..HHeh..Kalu aku pegang penyapu ,dia la yang paling laju lari datang belakang aku.Konon-konok nak tolong monitor la aku sapu bersih ke tak..Hahaa.+bajetje+..
  •  ----------------------------------------------------------------------
  • Aku lipat baju o hangerkan baju yang nak digantung, mulala dia sepahkan..Ni streess ok..Sebab tangan dia laju je,.Tahap ley kenasppeding  speed track la...hahah..
So tu je kot yang aku list out kan tentang progress Qina.

Mungkin x sebanyak mana progress dia,
tapi sebagai ibu yang mengandungkan dan melahirkanya aku rasa aku la insan yang paling happy bila tengok perkembangan dia semakin sihat dari hari kehari.

Bak kata pepatah sikit-skit lama-lama jadi bukit.X gituee..Senyuman dan tawa Qina sesunggauh nya pengubat semua duka mama..Muuahh..

Just let u know,Mama n papa always love you...

Be a gud girl.



Muaah.

Read more...

Friday 22 February 2013

DOMINO VS PIZZA HUT

Assalamualaikum

Arini entry aku tentang makanan lak la.Asyik benda yang sama je pun ley neik bosan jugakkan..
So tadi aku teringin sangat nak makan pizza.Teros chupkan menu lunch arini ekot selera anak tekak aku k.
En seben hanya mampu mengikut.hahhaha...
kata lady first kan..

Sesungguhnya aku tertarik dengan promosi pizza yang 50 %.Tengok tu siap aku boldkan 50%.
Nampak cam best je.Tapi bile pikir balik sama je harga kalu kiter beli set.
So after decided aku amik set je la..Bukan apa mudah x yah nak pikiir air apa ko nak pilih untuk ko match kan..hhaha.#niatterpesong#.En seben plak makan set lunch Italian Herb Chicken Chop.
Muka bercahya je nak sentap ayam.haah..

Ni set luch aku.
Set lunch Hawaiian Chicken Pan Pizza


See korang tengok nampak cam sedap je kan,tapi hakikatnya biasa2 aja..X nak thumb up
.!!Majokk.


En seben menu.



Sangat x puas ati tau, sebab dalam pamplet menu, bukan main lagi ayam tergolek bukan main besau amat.
Sekali hidang atas meja besau jari kelingking aku je.#Tutipusangatla#.
.tapi serious agak tak worth it ko bayar tuk set RM 18.90.
Instead kiteorang ley dapat yang lagi SUPERBB kot.



Gambar menu en seben yang berjaya memperdayakannya..


Tu yang 7.45 sen tu.Kecik-kcik je aku tengok..HHhaa..


So kesimpulannya  memang x puas ati ngan lunch kat pizza tadi.
X shuuke la.Teros wad aku berazam x nak ngadap pizza selama berbulan2.*kalu tahan iamn la*.heheh


Domino vs pizza ?
mana lagi better bagi anak tekak korang??
-
-
-
-


Aku prefer domino la..Terbaik dari ladang wa cakap lu..Kalu bagi Dominos satu pan pun aku ley abiskan .Tapi kalu pizza sorry.Hanya mampu muat 2 slice je.PAstu en seben la yang abiskan.n yang penting kat domino banyak choices compared kat pizza.Very limeted.Arrgghh..


Ha ni la antara choices DOMINO pizza k.Yang aku highlight kuning tu bukan apa,i minat habis k kat pizza tu.Kire minat i sampai tahap nak masuk kelas menuntut ilmu kat dominos..HHHaa..*poyooss*.

So pilihan korang acane??







Notakaki:Lain tekak lain selera ,da tengok cepat-cepat order la..


K bye.






Read more...

Thursday 21 February 2013

Eratkan Hubungan Suami Isteri

Semekom..

 Yang dah ada suami o isteri anda disarankan membaca fakta untuk semarakkan hubungan .Yang x da shhuuuhh g mein jejauh..wahaahhaa..

Yang otw nak berumah tangga pun wajib renungkan juga  k..

---------------------------------------------
♥Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥
----------------------------------------

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.


So apa kurang datang nya dari kelemahan diri kita dan apa yang baik dari Allah swt.

sekian.Selamat meyemarak kan hubungan cinta ...

Read more...

Happy Family

Salam u'oll

OK arini aku merasakan diri aku dalam mood sentimental k.So jangan kaco k...Rasa nak tangkap leleh je duk kat opis ni.
Dengan mood yang tenang seakan rasa nak lelap mata je.Tapi ko jangan nak charik pasal k,orang makan nasi t x pasal2 aku makan pasir x dapat gaji.wahaha..

Sambil belek2 pak cik google td tetiba teringat nak search lagu si kenit tu.

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too

I love you You love me
We're best friends like friends should be
With a great big hug and a kiss from me to you.
Won't you say you love me too


Sweet kan lagu ni.Skunk dalam misi nak mengajo budak kecik sukakan lagu tu.
Nak mendidik anak ni bukan senang.So time ni da cun da nak ajar dia terapkan kasih sayang keluarga.X gitu jahh..

So ni Doa untuk keluarga sakinah.Sila la amal k kalu nak keluara bahagia sukmo..

Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

TIPS KELUARGA BAHAGIA
  •      Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  • -----------------------------------------------------------------
  •  Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengankesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  • -----------------------------------------------------  
  •  Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah
  • --------------------------------------------------------.
  •  Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  • --------------------------------------------------------
  •  Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Tips kebahagian keluarga dari Dr Fdzilah Kamsah.Renung-renungkanla.


 So selamat beramal.Jum doakan kebahagian yang kite ada sekunk akan berkekalan hingga ke jannah.
Aminn..

Salam.

Read more...

Wednesday 20 February 2013

Qina photo part 2

Salam..

Wah berpart-part bagai nampak entry kali ni.Bukan pa ngat ke maksu da habis hupload gambar yang photoshoot.Upanye idokk..
Waa belum sempat cek nak request kat maksu,upanya maksu da hupload gambar en seben kat fb.Wakakaka..
Tapi gambar yang  agak membanggakan en seben la gamak nya sebab lemak dimuka en seben da x da.Im proud of you!!chaiyokk...Jumm on diet lagi.

Ehh asal aku terkinja-kinja sangat mintak maksu huplod gambar laki i sorang ni..hensom sangatke??opkos uuu...hehheekk..
Bukan apa sebab kata laki i gambar dia slalu x ongg kim swiee la kalu snap guna camera maksu..meti da lemak nak show off sekali.hahhahakk...#alasanpropajelatu#

Yes !! dat point aku x sabar nak melihat gambr en seben kali ini..heheh.
.jangan marah ye..jahat x sayyeee??

So arini mak su da hupload kan gambar laki i tau..Waw ...cam semua da kurus -kurus je gambau laki i yang  maksu snap.#akumusykilsejenak.Ke sebab kamera maksu da kaw team baik nya ngan en seben skunk.hahah..

So ley la en seben skip kan niat nak makan dr romzey nya ubat yer yunk...hahha#ehterbocorrahsialak#

So di sebab kan aku terharu sangat gambar en seben yang kurus ni, maka beta akan dahulukan untuk meng'hupload".Pasti tersenyum lebar kekandaku disana.hhhhuhu.



Sekali imbas da rupa cam aidil zafuan laki i ni..Sila jangan perasan lebey k.

Red reading hood wif mak buntal..
 
 
Cepat amik kapur tu  qiena!!


Tateh,....tatehh...



Bercanda anak beranak sambil disaksikan pokok-pokok....Sile jangan jeleslagi..

 Haaa ni da start tarik muka seposen da...

5 Minit sebelum memulakan tangisan marhanis....hahhaa


 
Lastly ni la pengarang jantung aku...1 budak muka cam suri anak tom cruise n sorung lagi papa muka cam zaquan adha.Bweekk..

Dat oll la...

bye..




Read more...

Tuesday 19 February 2013

Qina Photo Part 1

Salam U 'oll

Posto -posto..Semalam 18/2 aku berjaya skip datang keje lagi since qina on demam agi.
Demam yang bukan pada kadar kebiasaan tapi luar biasa.
Tu la al kisahnya cuti aku semakin berkurangan sejak dah beranak ni..Heekk.
Cam besala ,masuk minggu baru aku nak cite apa yang kiteorang wad last weekend kan.Hhhuh bajet retis je aku ni nak hupdate slalo.Ada mak kisah???

Sabtu
========
Di sebab kan planning aku nak bershoping kat kenanga dah berminggu2 terbantut, so ni la
rasanya masa nak tebus balik kot since tina macam da sihat je aku tengok.(hatiberbunag2)
So apa lagi aku preparekan la baju tebal2 suar labuh2 kasi qina pakai awal2 lagi
so xda la dik non tu kesejukan  kat shopping mall t.
Waa memang heppi habis anak dara mama ni since dapat jalan kat mall skunk ni.
Pegang tangan no way k.Now nak jalan sesorang je.. tu la one of the progress terbaru anak dara sunti aku ni.


Ok dipendekkan cerita aku berjaya membeli 5 pasang baju lagi..Ahh strees nya aku.
memang tu kot penyakit aku, asyik tengok nak membeli asyik membeli je mesti aku tengok dulu..hahha
Abis duit yang aku beranak kan sebulan yang lallu..hha

Kali ni aku tabik spring kat en seben ..bukan apa da pandai da nak mencelah shoping i tau.
Aku beli 5 pasaang , dia beli 2pasang..sebelum ni harap la..aku beli en seben asyik marah je sebab kena dukung debbot tu.

Bila debbot da dapat kaki syok la apak dia, ley shooping tanpa menghiraukan si anak..HHeeeheh..
Tujuan g kenanga awalnya nak beli baju debbot tuk photoshoot ngan maksu sok je.
Tengok melampau kan mak si debbot ni,ali2 aku beli sepasang je baju dia..hhaaa..Lain ari mama beli lain yer..#sebbaik anak kecik lagi#

Baju qina dari pandangan sisi..hhaa


Pas kena sound kat en seben, so chow praya je la...Bye kenanga mall..u oseme

Ahad
=======

Semalam (malam sabtu) maksu da kol pesan kat en seben jangan lupa photoshoot.
Aku pun xcited nak abadikan kenangan 1 family kitorang.Besalah i kan gile gambauu.likee..

Tapi ada benda yang x best disebalikkan ke'xcited' aku ni..

Korang teka apa...

-
-
-

huhuhu..Si debbot got a fever again..Y demam ni on off je??.X sukke ar.
N bermula la aku kena jadi ibu yang penyabar n mithali bila qina demam..
 So da rasa berat hati nak join sok.Tapi sian lak kat maksu.Semua prop da disediakan.Siap tempah belon lagi u.Gill kental maksu.Terbaikkk..

So pagi2 bangun teros g putrajaya presint14..Taman muzium apa ntah.Tempat dia nice gak tapi model lak spoill.
Ni la lokasi sebenar tempat kejadiaan.jeng.jeng..jeng,
Memang susah ya ampun nak dapat moment yang best.Tapi qiena tetap memberi yang terbaik.
#ni aku amik ayat retis#.
Jum tengok koleksi gambar si dik non ni dalam mood demam.
 Sayu nya muka anak mama ni.


Baju sponsor by mak usu..


Pinky shoes.


Cupcake from maksu to Qina.Tapi papa dia yang habisskan.
 

p/s iloveu "from mama"

Nike shoes sponsor by papa dom..

Muka da strees habis kena paksa amik gamba..


love between mummy and daughter.

Mummy tried to make qina happy and laugh .if u happy and you know it clap ur hand..clap.clapp.

Sila beredar semua..I pening la..."bisik ati qina"..Hyperbola la mak ko ni yer...


The lagendary prop by maksu..

Truly face mama yang gedikk..Sob sob je la..
 Haaa..apa motipp gambar ku disini..emmm macam da kurus la skali pandang.Jangan tertipu semua tu ilusi optik je..WAahhahha..Main cak2 ngan maksu sebab qiena da bosan amik gamboo.

Mana gambo en seben ni..X da pun..

tarik napas lega la en seben tu ..yela takut maksu masukkan gambar terlebey lemak tu..hehe..Sorry yer en seben ..

T i tolong request kan kat mak su kasi  hupload sikit gambar tomel u..

Ok pengambaran x seberapa ni berakhir dengan deraian air mata si Qina..

Apa kena eh jang ko nangis aje..Orang bergambar ekoo menangis..Puko berapola ekau nak diam.

hehehee..

ok salam.

adios..


Read more...

Friday 15 February 2013

CNY at Sedim..

Semekom ..

Salam jumaat yang barakah uoll.

Rasa ketinggalan bila gambar yang da expired usianya kat phone ni tapi aku baru terpanggil tuk hupdate kat blog ni..hhahaNampak sangat x da modal ko jah..hahha.

So ni cite apa kiteorang buat time CNY yang pas kat keydah.Disebab kan bosan tahap kedewaan so sila lah bawa diri masing-masing tuk tambah kan mood anda.

Planning baik punya wa cakap..Semua nak g .Hatyai...Pattayaa..Nasi pataayyya..semua da.Siap kul 12 malam tetiba rasa nak g kelate..Hoohh yang dok payooh ni.No no noo...seb bek plan x menjadi..Bukan apa kalu menjadi pun payah gak sebab pegi subuh subuh pagi ko kena balik petang nya.Tak crazyy ke..Huuh ngan penat badan lagi nak drive balik keyel  pastu.X sanggop kawe nak amik risiko..hahha.


Last sekali end up ngan picnic g sedim je la. ye wahai en hubby ..Haaaha,,Tu je mampu kot..Sedim apakah..besh kah??Before ni penah dengan tempat air terjun tu.Tapi jakun gak aku ni even though aku orang keyda pun x penah sampai.Ape celop ko ni???

So aku ngan mr seben tya la pakcik google .Macam mana mirip sedim ni.Indah ka?nyaman kah?orang kata air  kat sini kasi gred A nya,.aliiran air yang ko ley rasa puas atia ar kalo mandi.Tul ke??Gambar yang tepek kat en google cam best je air terjun dia.Realiti nya bagaimana kah??

Wait2 sebelum tepek gambar hasil carian pak cik google moh la cite sikit tentang aktiviti yang dapat dilakukan diSEDIM lagend ni lu.

Sungai sedim, lata sedim, jeram sedim, Sedim Eco Park, kayak, picnic, berkelah, white water, falls,campsite, Kayak, jungle tracking, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, camping, birds, tree top walk,kulim, gunung Bintang, Guide , skipper ,fishing, chalet, and villa,Hutan, Simpan, Gunung, Inas,Kampung, peta sedim, kedah , rapid fire , tree top walk, camp site , map , where to stay , travel agent , trip , consultant , route , jalan ke sedim , bunian, waterfall ,kedah

Ni hasil tepek dari pakcik google.

 Semangat berkayuh kan main abang ni sampai kat SEDIM pun duk nak kayuh basikal..Haa masuk le tour de langkawi sudey la bang oii.

Tapi yang macam ni aku x jumpa kat sana aritu.Mungkin sebab aku duk lepak kat bawah je.Insyaalah pas ni aku lepak kat atas skit .Mana tau jumpa.
Apa pun tabik spring..Tough badan u abang suar ijau..Likee.

.
Ni pun x jumpa juga aritu..Mencikkk arr.Kat bahagian atas mugkin ada kot.Sebab atas aliran air dia lagi deras.So sesuai bangat la for this 8tvt.
 Sedim d legedary.


Disebab kan cantik nya timing kiteorang g,memang ramai la bangsa yang turun g SEDIM aritu.x memutus kereta kuar masuk.Dah cuak da ni ada ke tempat nak letak bontot ni jap g.

Alhamdulillah rezeki anak kot.Kiteorang sampai je time tu ada 1 family ni nak chow da.Apa lagi cam rezeki terpijak ar.Cepat2 pasang khemah pastu tepek kat tempat orang yang chow tadi..Waaa air dia memng aku rasa puas ati la mandi.Sejuk tahap ko ley bertahan rendam 5 minit je.Pas tu biru la mulot korang..Hover gell..

So sampai je syamir ngan farah teros terjun masuk mandi.Nahhh sebab xcited sangat ko mandi 10 minit je farah.Pas tu terketaq2 nak tukaq baju.Surrender nak masuk khemah...Pe celoopp la farah ni..

Pas tu diikuti ngan mak aku..mula2 test celop kaki,,5 minit pastu celop peha..Aku toleh 5 minit lagi.da celop satu badan dalam air terjun tu..hahhaaa..Xcited je..Mula2 ajak x nak.malu2 last-last amk orang paling awal n orang akhir mandi..Terbaik arr..Qina budak yang  xcited celop kaki lam air  pastu mengiggil kesejukan.

Jum cakap banyak-banyak wad bis ailior je..Tepek gambar lak la.

Sila makan jangan cakap yer en seben .Gam mulut baru auu..

Ni lokasi kasi merempat kat sedim.Sejuk nauu air dia.I liikee

 Apak (abang jasni)ngan anak (caet)..

See nampak cam cetek je.Tenang -tenag jangan disangka x da buaya.Tu buaya tembaga ngah berendam sambil pegang anak.
 
 Ellooo pas mandi sedap ati mak limah ni masuk khemah men game..Stok nak cubit2 tangan je abiskan wid game pou aku tu.Penat tau aku sengkang mata cari wid pouu tu siang malam..hahha

My mommy di saat cari line clear tuk berendam. 5 minit pertama..

Kan da cakap 5 minit pertama jex celop kaki .Pastu  minit berikutnya hasil cam bawah ni sambil guna kan qina umpan ngan alasan nak mandikan qina..hahha
 Ni x shukkee ni.kak long si amatur amik gambar kasi gambar gegar lak time momento aku ngan en seben,Sejiwa  x couple ni mandi pun pakai theme colour biru sesama.Oiiichh ilike patplohkali

Kak  family.

 Oitt besau nya tangan aku.Cam kompius je tangan orang ke tangan kingkong..hhaaa.Kena muhasabah kan diri pasni..


Again bila kak long posing  gedik orang lain sila horamat yer..kkeehekk..neway kak long u look likee adik manisss.

Sukkkeee credit gambar ni event muka aku da berdouble chin ,aku redha.Sesungguhnya aku menyedoot lemak qina  sejak azali..hahhaa


So sampai sini sajalah tentang percutian yang x seberapa dari aku di SEDIM.biar x jauh mengembara tapi terasa kemanisan bila dapat bersama.Saat ni kuabadikan dalam kenangan 2013.


Bye.

lap uoll..


Sekian,

Read more...

Wednesday 13 February 2013

BEsday Qiena

Salam..

10.2.2013 hari keramat buat my litt princess kecik yang da genap setahun .Alhamdulillah qistina sofea membesar dengan sihatnya sepanjang setahun aku jaga dia.Rasa jap je masa berlalu  n now anak aku da setahun.Da boley berjalan n mulut plak duk pot pet pot pet...Akal da banyak dah skunk ni.Setaip hari nak baa baa black ship lagu omputih tu..hhehee..

So far tahun ni combine skali besday party qiena ngan abang caet .Sebab kebetulan aku pun da balik espey so ley la join kan besday budak 2 ni sekali.Abang caet da masuk 2 tahun n qiena setahun.Da blur pikir nak wad aktiviti tuk happykan mood besday ni.Last2 buat simple je..Buat ala kadar je sudeyy.Jangan membazir sebab membazirkan  amalam syaitonnn.x gituuww.heheh.


Ni antara menu-menu yang handmade by my mommy..sedappp wa cakap lu.. 


Menu besday just beli kek sicret recipe,wad steamboat,ngan makanan ringan je.Yang best nya semua join celebrate besday diorang.Suke suke suke.Tapi yang x berapa nak best nya sebab di debbot tu asyik nak merengek je.Ko x tau ke dik arini besay ko...Rasa nak jerit ayat camtu je kat debbot tu.Aku dukung x kena,duduk x kena.Semua nak merengekkk..Mama streeesst.Bila pikir balik ni la ujian nak jaga sorang anak.Bukan apa sebab sebelum ni qiena x penah fever yang terok camni.Batok cam nak pecah anak tekak aku dengar.Rasa cam nak tolong garu je kerongkong dia tu..Ciannn tull.


Mood aku yang xcited gile bertukar menjadi x da mood la.Apadaaa..Emm sebab qiena buat perangai la.Agak nya x sedap badan kot, ke pening pala.Mula la kepala aku nak cari punca ko anngis dik..Akhirnya tangisan dan rengetan qiena berkahir ngan sleepp..Huuuuh lega aku dia tido .X sanggup aku tengok dia nangis cam kucing mati anak ..Orang plak mati bini.(camx sesoi je peribahasa tu)..heheekk.

 Muka budak yang mula2 xcited men kek.


Hadiah Qina from kak long.Macihh along.

Gifts from mommy and dady..


 hukkk hukk nak nangis lagi..Batuk qina cam makin terok .Aku takut athma je budak kecik ni.So sebabkan pepagi asyik cam nak semput je so aku memg kena g klinik gak petang tu.Wajiiib da pegi ni..Klinik altmost close sebab still on public oliday kot.Aku rasa cina gila wid kut je yang buka.Adooii cane ni.Last pusing2 jumpa klinik Dr husna.Belasah je la dari x da klinik langsung.Aik pelik bin ajaib tetiba ok lak dik non ni kat klinik .Sempat aku capture gambo si buzzy ni jalan2 macam orang x sakit lak.Sedangkan tadi lam kete nak otw cari klinik cam cacing kepanasan je ko nangiss..Haiiis.Drama queen tul anak aku sorang ni.
Pas jumpa doc amik ubat, pastu kena pusing2 nek basikal ngan si kenit ni.



Jum tepek gambar qina..YEaaay

 Ashh asal tunjuk peyoot tu??

Suke na dia naik basikal.


Sekian.Bye.

Read more...
Thanks For Reading My blog